Nama-Nama Bayi Perempuan Islam

Nama-nama bayi Perempuan Islam dan Maksudnya.

Alya Adriana, nisbah Semoga anak ini menjadi orang yang sangat suka melakukan kebaikan yang tiada henti nisbahnya.

Alya Jazilah, bijak bercakap Kelebihan ataupun ketinggian anak ini terletak kepada petahnya dalam berkata-kata. Anak yang bijak bercakap juga merupakan suatu kelebihan dirinya untuk berjaya dalam hidup. Semoga anak menjadi orang yang bijak dalam berkata-kata dan mengamalkan apa yang diperkatakan.

Firuz Yang, indah Nama yang mudah terkenal suatu masa nanti. Terkenal juga dengan budi pekertinya yang bersopan santun. Hatinya mudah ditarik untuk melakukan perkara-perkara yang baik.

Dalili Fahimah, Pemimpin/yang bijak Ibu bapak memang mengharapkan anak yang bijak dan berkebolehan dalam memimpin. Generasi beginilah yang diharapkan untuk meneruskan perjuangan demi kebaikan bangsa, agama dan negara.

Dhia Syarafana, Cahaya/kemuliaan Anak yang dididik dengan penuh disiplin sewaktu kecilnya, akan menjadi orang yang tahu menghargai masa dan menghargai diri sendiri. Pekerjaan yang tidak memberi manfaat akan dijauhi sedaya mungkin. Hasilnya, melahirkan sesuatu yang mulia untuk dijadikan contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Diyanah, Nama yang cukup sinonim dengan kecantikan wajah yang selalu dimiliki oleh pemiliknya. Mungkin orangnya putih, berseri dan apa sahaja yang cantik pada dirinya. Di sebalik nama yang sedap didengar ini, sebenarnya ia bererti agama. Agama pastinya yang berkait rapat dengan kesucian dan juga kebersihan. Semoga anak pandai menjaga kebersihan dan kesucian dirinya sebagai seorang wanita yang solehah.

Iffah Huriyyah, Suci terpelihara/bidadari Alangkah bertuahnya ibu bapak yang boleh mendidik anak perempuannya tahu menjaga dan memelihara maruah diri. Melihat fenomena masyarakat sekarang, segelintir remaja perempuan hilang malu dalam menjaga akhlak diri mereka. Melepak, merokok, pergaulan bebas menjadi kebiasaan hidup. Semoga anakyang memiliki nama ini terhindar daripada perkara-perkara sedemikian, sesuai dengan namanya yang suci lagi terpelihara.

Irdina Ilmuna, Kehormatan kami/pengetahuan kami Semoga anak dididik untuk mengejar ilmu pengetahuan yang tinggi. Sebarang kejayaan yang hendak dicapai, ia memerlukan ilmu pengetahuan, apa lagi dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini. Orang yang berilmu pengetahuan, apa lagi kalau berakhlak, dia akan dihormati oleh orang lain.

Izzah Insyirah, Kemuliaan/kegembiraan, lapang hati Semoga anak yang dilahirkan memiliki perbadi mulia. Akhlak-akhlak baik yang dimilikinya mampu menggembira dan menjadi penghibur kepada kedua ibu bapa yang telah mendidiknnya menjadi manusia yang berguna pada dunia dan akhiratnya.

Izz Zayani, Kekuatan/yang cantik Kehadiran anak yang dinantikan telah tiba untuk memberi kekuatan dan kegembiraan terhadap kedua ibu bapanya. Wajah anak yang comel dan cantik itu, sangat menghiburkan. Kepada ibu bapa, tanamkan azam untuk mendidik anak menjadi lebih cemerlang pada dunia dan akhiratnya.

Iffah, Tahu harga diri Tiada lain yang diharapkan dari seorang anak perempuan agar dia tahu menjaga kehormatan dirinya. Ini perlulah dipupuk sejak anak masih kecil lagi. Biarlah dia membesar dengan sifat-sifatyang baik ini. Agar dia terhindar daripada menjadi gadis jalanan yang sentiasa berkeliaran di tempat-tempat awam.

Lina Nadhirah, Kelembutan/yang berseri Semoga anak menjadi wanita yang lemah lembut pada budi pekertinya. Memiliki anak perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun, akan menyerikan lagi kehidupan keluarga bahagia.

Liya Zafirah, Yang beroleh kemenangan Liya adalah nama anak kepada Nabi Yaakub. Dia merupakan seorang anak yang taat kepada ibu bapaknya. Sangat menghormati dan menjaga bapanya yang telah tua. Gabungan nama ini, semoga anak beroleh kemenangan di dunia dan akhirat dengan mendapat keberkatan ibu bapa.

Laila Nahwah, kekasih / berakal Gabungan nama yang sangat serasi untuk dipilih kepada ibu bapak yang sangat penyayang. Anak adalah tanda kasih sayang yang terjalin antara suami dan isteri. Selalunya gabungan ibu bapak yang romantis mampu melahirkan anak yang sangat pintar. Cobalah memilih nama ini, insya-Allah anak yang dilahirkan menjadi manusia yang tahu menggunakan akalnya ke arah perkara-perkara kebaikan.

Nawal Atiyah, Memperolehi sesuatu/pemberian Anak merupakan satu pemberian Allah yang tidak ternilai harganya. Sesungguhnya laksanakanlah tanggungjawab yang sebaik-baiknya sebagai ibu bapak.

Nawal Najah, Hadiah/kejayaan Kegembiraan ibu bapak bila melihat anaknya berjaya dalam apa-apa bidang yang diceburinya. Ia merupakan suatu hadiah kejayaan yang sukar dilafazkan.

Wafa Thahirah, Kesetiaan/yang suci Anak ini akan menjadi manusia yang setia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Bila mendapat keredhaan ibu bapa akan memudahkan lagi dirinya untuk mendapat keredhaan Allah. Iajuga akan setia untuk melaksanakan perintah agamanya yang suci.

Wani Hazirah, Mutiara/pilihan yang terbaik Seorang anak dianggap sebagai mutiara yang paling berharga. Apalagi jika dididik menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Justeru, anak dijadikan pilihan terbaik sebagai penyambung warisan kedua ibu bapanya.

Watin Wardah, Yang sempurna/sekuntum bunga mawar Anak yang memiliki nama ini diharapkan dapat menyempurnakan apa-apa jua yang menjadi harapan ibu bapa terhadap dirinya. Pandai menjaga maruah diri sebagai anak perempuan kepada ibu bapak. Namanya sesegar bunga mawar yang tidak akan layu sebelum sampai masa untuk dipetik. Bukannya mudah, ia suatu cabaran kepada ibu bapa masa kini.

Widad Kamilah Kasih sayang/yang sempurna Lahirnya anak ke dunia ini, adalah lambang kasih sayang antara suami dan isteri. Anak menjadi pengikat kasih berpanjangan dan kesempurnaan dalam membina keluarga yang bahagia. Adanya nama ini di dalam keluarga, semoga terhindarlah daripada kehidupan yang kucar kacir kerana ketandusan kasih sayang.

Wafiy Munirah, Setia/yang cantik Anak perlu dididik untuk menjadi seorang yang setia. Mudah dan ingat apa yang diajarkan oleh guru-guru danjuga ibu bapa. Apatah lagi jika mudah mengamalkan segala nasihat yang diberikan. Hati menjadi tenang melihat anak yang begini. Semoga anak menjadiorang yang baik dan cantik budi pekertinya.

Bagi anda yang akan mempunyai bayi, memilih nama indah dan baik artinya adalah suatu kewajiban, karena nama tersebut akan menyertai bayi anda seumur hidupnya.

sumber: squidoo.com

4 Komentar

  1. rezer said,

    Februari 19, 2010 at 9:09 am

    thanks ya ats informasinya,mengenai nama bayi cowok and cewek dlm islam

  2. hamba Allah said,

    Juni 11, 2010 at 5:11 pm

    Assalamualaikum,
    Ingin saya bertanya:apakah maksud nama;
    a)Ameera Irisha
    b)Izz Akmal
    Saya ingin menamakan nama-nama di atas kepada anak saya yg akan datang.Saya harap jawapan akan ada secepat mungkin…

    Assalamualaikum’_’

  3. harianto said,

    Agustus 10, 2010 at 7:38 am

    assalamu’alaikum
    saya ingin bertanya apakah maksud nama : caren Aimee lahir 03 agustus 2010, perempuan ,atau mungkin ada usulan nama yang lain untuk putri kami yang ke dua.
    wassalam

  4. a saeful permana said,

    Maret 19, 2012 at 9:11 am

    trim’s sdh menginspirasi saya dlm mencari nama utk calon anak saya


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: